Buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima

Buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima merupakan karya yang ditulis oleh Azraei Muhamad dan diterbitkan oleh Write & Brave Sdn Bhd pada tahun 2018.

Buku ini memberikan pembaca panduan berguna mengenai kewangan dan perancangan masa depan.

Beliau menyentuh topik mengenai pelajar-pelahar yang baharu masuk universiti dan teruja menerima duit daripada PTPTN.

Begitu juga dengan mereka yang baru mula bekerja tetapi sudah mengidamkan kereta mewah walaupun pendapatan mereka masih bergantung kepada bantuan kewangan seperti BR1M.

Selain itu, buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima ini juga sesuai dibaca untuk mereka yang ingin mencari duit untuk persiapan perkahwinan, merungut tentang harga rumah yang melambung tinggi, dan lain-lain.

Pembaca juga akan diingatkan tentang pentingnya merancang untuk masa depan dan tidak terus merungut tanpa mengambil tindakan.

Buku ini juga memberi penekanan kepada pembaca bahawa apa yang kita lakukan hari ini akan memberi impak kepada masa depan kita.

Azraei Muhamad dengan bijaknya menyampaikan mesej bahawa apa yang kita makan hari ini akan menentukan berat badan kita esok (what you eat today, decides your weight tomorrow).

Oleh itu, penting untuk kita mengambil tindakan positif dan membuat perancangan yang tersusun menjelang usia 25 tahun.

Buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima sesuai untuk semua golongan terutama mereka yang sedang memasuki peringkat penting dalam kehidupan sama ada dalam pendidikan, kerjaya, mahupun perkahwinan.

Ia memberi panduan dan inspirasi kepada pembaca untuk merancang masa depan yang lebih baik dan lebih teratur.

Mari kita bersama-sama mengubah sikap merungut kepada tindakan positif dan mencipta masa depan yang lebih cerah.

bukutopia
buku enam angka menjelang dua puluh lima

Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima

  • Penulis: Azraei Muhamad
  • Tahun Terbitan: 2018
  • Format: Softcover
  • Muka Surat: 212 M/S
  • Halaman: Hitam Putih
Kongsikan artikel ini:

Similar Posts